Hurm....hisap shisha beramai2 sambil borak2 ngn kawan pada satu malam mmg satu nikmat yang tidak terkata. berbincang pasal "dunia" lagaknya.sambil itu layan open karaoke kat mid town station.aku try perisa strawberry+lemon+mint.rasenye agak sedap dengan aroma yang menusuk jiwa.bukan tidak pernah aku hisap shisha sebelum nih.tapi setakat hari ini kat mid town station nih aku bg markah penuh.bukan sebab aku admirer rambut abg samurai penjual shisha tuh.tp sebab shisha die mmg best. agak lama jugak aku lepak kat situ sehingga masing2 mata da berat baru ingat bantal.korang nk tgk dragon of fire pada malam tu.ni rakaman yang dibuat oleh kawan aku.tapi korang kene senget kn pale sikit r nk tgk dragon nih.jangan teleng sudah..huhu
INFO TENTANG SHISHA
Shisha atau lebih dikenali sebagai ogah di kalangan penduduk kampung adalah sejenis bahan pelbagai perisa yang dihisap bagi menggantikan rokok atau cerut begitu digemari ramai terutama golongan remaja. setakat hari menghisap shisha belum lagi diharamkan penjualannya kepada remaja bawah umur.maka dengan ini shisha merupakan altenatif lain bg remaja yang merokok.
Menghisap shisha sudah menjadi trend beberapa tahun terakhir ini, pilihan tempat dan aromanya juga bervariasi dari aroma buah, mint hingga kopi. rasenye tidak sekeras rokok dan aromanya kandang kala membuat kita khayal.selain itu menghisap shisha juga boleh menjimatkan wang berbanding rokok kerana harganya tidak la terlalu mahal dan dapat dikongsi beramai2.Banyak anggapan bahwa menghisap tembakau shisha tak semerbahaya menghisap rokok, sebab kandungan air yang digunakan dalam shisha berfungsi sebagai penyaring racun tembakau yang berbahaya. Pengguna biasanya menghisap asap tembakau setelah asap tersebut melewati gelembung air.menurut Edward Rosenow dari Mayo clinic, walaupun shisha sudah disaring dengan air, asap tembakau yang diproduksi shisha masih mengandung zat beracun dengan kadar yang tinggi.
Shisha mungkin saja tidak akan membuat anda menghidap barah paru2, tapi akan mempengaruhi kesihatan anda dengan cara lain.menurut kajian Thomas Eissenberg, professor psikologi dari Virginia Commnonwealth University, penghisap shisha selama 45 minit membuahkan jumlah tar 36 kali lebih tinggi jika dibanding dengan menghisap rokok biasa selama 5 minit.
0 comments:
Post a Comment